Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Zulqarnain atau Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.

Komen seorang pembaca novel Macedonia: Alexander Agung dari Sabah. "Kepada sidang pembaca yang budiman, saya syorkan. Bacalah buku Hijab Raja Zulqarnain itu, tak rugi! Trust me. Kalau anda orang yang minat aksi perang, inilah bukunya.”


Seorang lagi memberikan komen dalam Facebook, Saya suka metod di dalam novel yang ditulis itu. Dengan cara lain dapat memberi galakan kepada mahasiswa untuk mengkaji sejarah. Tapi secara peribadi saya melihat konteks dasar dalam buku ini menjelaskan bahawa Alexander adalah Zulqarnain qurani. Sebenarnya saya lebih bersetuju jika dinilai bahawa Zulqarnain itu adalah Cyrus the Great. Setelah melihat bibliografi rujukan novel ini saya yakin yang tuan telah menilai kedua-dua karya kritis yang dikarang oleh Wisnu Sasongko dan Dr. Afarez Abdul Razak. Apa-apa pun novel ini menarik. Tahniah."


Komen lain, "Sememangnya saya minat hal dibincangkan tuan. Terima kasih dan tahniah di atas usaha tuan yang bertungkus lumus untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik ini.”

Satu komentar yang dimaklumkan oleh seorang pembaca berkenaan novel ini. "Namun, dari segi penceritaan Macedonia, dia tabik. Kalau demo sudah ada 4 - 5 buah novel sejarah lagi, perghhh....idola baru selepas Pak Latip. Amin."

Keterangan foto kanan - 7 Mei 2012: Saya bersama Penulis Maya Iris dan rakan-rakan di pejabat JARING. Mereka membeli novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain.


Bagi sesiapa yang tiada kesempatan datang ke PBAKL 2012 lalu, sila dapatkan novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain di rangkaian kedai buku POPULAR Bookstore di seluruh negara. Bagi pemegang kad Popular, ada diskaun 20% untuk Pilihan Popular Mei 2012. Tawaran diskaun ini akan berlangsung selama dua bulan; Mei dan Jun 2012.

Photobucket
Photobucket
Berkaitan: Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Testimoni Macedonia: Alexander Agung - Teruja, kagum, belas, geram sepanjang tempoh pembacaan
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 mempesonakan


Gebang bukan sebarang gebang
Bergebang dalam majlis ilmu
Datang bukan sebarang datang
Datang demi memeriahkan arena ilmu.
Tamat sudah hari raya bagi dunia perbukuan Malaysia yang berlangsung dari 27 April sehingga 6 Mei 2012. Saya berada di kalangan pemain industri, penulis, editor, pembeli dan pentaksub buku di PBAKL 2012 sepenuhnya, kecuali dua hari. Bualan, tegur sapa, pelukan, gebang, nasihat, gamitan, lambaian, salaman, sindiran, anggukan dan senyuman tersimpan kemas dalam lipatan sanubari.

Terima kasih kepada semua yang mencintai buku dan dunia keilmuan. Pesta buku tahun ini membuka sebuah laluan yang cerah buat saya, insya-Allah, dengan sokongan serta bantuan semua.


Hari raya sudah tamat, buat sementara. Kerja-kerja penulisan bakal diteruskan. Saya tidak akan berundur walaupun beberapa manuskrip saya ditolak penerbit. Saya akur dengan keputusan demi menambah bai
k mutu penulisan saya.

Kesempatan bertemu dan berbual kali kedua dengan novelis sejara
h no. 1 Malaysia, Tuan Abdul Latip pada suatu hari mengujakan saya. Beliau turut membeli novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Tuan Abdul Latip merupakan salah seorang Sifu saya dalam penulisan kreatif. Nama beliau saya sebutkan dalam Prakata novel sejarah sulung saya di bawah penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd. ini.

Pada hari terakhir 6 Mei saya menziarah gerai kepunyaan Ustaz Riduan Mohamad Nor, Jundi Resources. Sebanyak lebih kurang RM140 saya laburkan (sebelum diskaun) di gerai tersebut. Sembang dan bertukar pendapat bersama beliau mencerahkan ruang naluri. Cadangan dan cabaran dari insan budiman itu juga sedang saya fikirkan, insya-Allah.

Secara rambang info yang dikumpul seputar teman-teman pembaca dan pentaksub buku, mereka menghabiskan paling kurang pun RM200 sepanjang
PBAKL 2012. Ada kalangan sahabat yang berbelanja RM500 dalam satu hari, ada juga yang 'terbeli' sebanyak RM800. Saya? Entah, tidak mahu dihitung.

Alhamdulillah,
Allah memudahkan urusan saya tahun ini. Walaupun demikian apabila tiba di rumah saya berkata, "Alamak! Buku itu belum saya beli!"

Foto ‘riak buku’ yang saya paparkan di sini adalah sebahagian hasil buruan di PBAKL 2012. Memang sebahagian daripada buruan. Dua bahagian lain ialah 30 naskhah novel sendiri dan hampir 20 buah buku kanak-kanak untuk tujuan khusus dan hadiah untuk anak saya.

Terima kasih kepada teman, sahabat
dan penggemar novel / fiksyen sejarah yang sudah mendapatkan Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain. Insya-Allah, novel berunsurkan sejarah kedua bakal muncul di PBAKL 2013 tahun hadapan di bawah payung penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd. Sebuah kisah yang merentas masa dan dimensi cakerawala seribu tahun. Doakan saya.

Bagi sesiapa yang tiada kesempatan datang ke PBAKL 2012, sila dapatkan novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain di rangkaian kedai buku POPULAR Bookstore dan MPH di seluruh negara. Bagi pemegang kad Popular, ada diskaun 20% untuk Pilihan Popular Mei 2012.


Saya dan beberapa watak dalam Hardcore RAMFC berbual santai di tingkat 5 PWTC pada hari terakhir PBAKL 2012. Bersama kami ialah novelis thriller no. 1 Malaysia, Tuan Ramlee Awang Murshid. Beliau berkata, "Novel Macedonia: Alexander Agung ini bagus dan terbaik dari Web Sutera. Saya sendiri tidak dapat menukilkan novel sejarah sebegini justeru perlu merujuk banyak buku dan fakta sejarah. Saya lebih mudah membayangkan plot-plot fantasi dalam kepala dan terus menaip. Itu mudah bagi saya, sementara Web Sutera suka mengkaji."


Photobucket
Usai pesta buku, kelmarin 9 Mei 2012 yang indah bersama Tuan Rozlan Dafinka Ibnu Noor, editor berwawasan dari Utusan Publications & Distributors. Kemudian memecut ke pejabat Galeri Ilmu. Langkah kanan bukan sahaja bertemu dengan editor Tuan Resha Hamzah dan Cikgu Wan Zayuhisham Wan Yusoff, malah dapat makan pula. Juga ucapan tahniah dari Cikgu Abu Hassan Morad yang masih tidak lekang dari lubuk hati beliau. Bertemu dengan Puan Shamsiah Puad, Tuan Wan Azmin dan ramai lagi. Bagaikan sebuah keluarga, walhal saya baru sahaja 'berkahwin' dengan Galeri Ilmu. Mempesonakan, insya-Allah. Keletihan urusan katering sirna.

Terima kasih, Tuan Rozlan Dafinka Ibnu Noor kerana menyokong. Telaah dan fahami apa yang mahu saya sampaikan. Jangan bimbang andai tuan tidak mendalami sejarah Alexander dan Raja Zulqarnain. Tuan Rozlan berkata, "Sebagai editor, kawe yakin novel ini boleh dijual. Seimbas lalu, kawe yakin." Beliau masih mencari masa bagi menelaah novel saya ini.

Dalam perjalanan balik ke rumah dari pejabat penerbit Galeri Ilmu pada 9 Mei, saya sempat singgah di kedai buku Popular Ampang Point bagi meninjau dua buah buku saya. Di kesempatan itu juga, nafsu membeli buku masih membara. Hasilnya dua buah fiksyen klasik; Dracula oleh Bram Stoker dan The Phantom of the Opera oleh Gaston Leroux; turut dibeli.

Seharian berada di INTI International University, Nilai, Negeri Sembilan, pada 3 Mei 2012. Saya dan tim Lusiana Catering kepenatan. Majlis berakhir dengan makan malam BBQ di persekitaran kolam renang. Alhamdulillah, empat sajian katering berjalan lancar; sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam BBQ.

Sebaik membuka Facebook sekitar jam 11.00pm malam Jumaat, satu komen terkini / paling awal terhadap novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain oleh Tuan Azhar Mohd Ghazali terpapar, "Tahniah sahabat ana. Sudah separuh buku itu saya baca. Memang mudah faham dan saya seolah-olah berada dalam zaman tersebut. Memang hebat gaya pengolahan bahasa Web Sutera. Syabas!”

Hilang segala lelah dalam meniti h
ari yang panas dengan perlu berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi sajian yang lain di premis universiti swasta itu.

Seterusnya Tuan Azhar Mohd. Ghazali menyatakan, “Mohon Web Sutera menulis lagi buku yang berunsurkan pahlawan Islam tersohor. Kebanyakan buku-buku begini datangnya dari penulis Indonesia.”


Terima kasih kepada teman, sahabat dan penggemar novel / fiksyen sejarah yang sudah mendapatkan Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Justeru itu, saya ingin membuat pengumuman awal. Insya-Allah, novel berunsurkan sejarah kedua bakal muncul di PBAKL 2013 tahun hadapan di bawah payung penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd. Sebuah kisah yang merentas masa dan dimensi cakerawala seribu tahun. Doakan saya.


Komen ini juga datangnya dari seorang pembaca yang menekuni novel ini selama tiga j
am tanpa henti, dari jam 10.30pm sehingga 1.30am. Saya telah pun berjaya menghabiskan novel Macedonia : Alexander Agung. Terima kasih, Abang Web. (Ia) membuka minda dan mata saya melalui novel tersebut. Saya tidak puas (membacanya). Rasa terlalu sedikit yang saya dapat, dan saya juga mulai berminat untuk lebih mengetahui lagi. Teruja, kagum, belas, geram sepanjang tempoh pembacaan saya.

“Alhamdullillah. Cepat-cepat keluarkan buku kedua. Dahulu saya tidak minat sejarah. Tetapi sekrang saya belajar untuk menyukainya. Terima kasih. Sangat bernilai.” --
Buanda Kayangan Puteh (Ezzy)

Secara peribadi memang saya pun terasa semacam ada yang tersangkut di tenggorok. Mungkin ada tujuan yang disengajakan. Insya-Allah, saya memang ada hajat untuk menukilkan sekuelnya yang penuh aksi. Terima kasih atas komen yang bagus dan memberikan semangat untuk saya terus menulis genre sebegini.


Lanjutan jawapan saya di atas, Cikpuan Ezzy berkata, “Betul. Di penghujungnya ada sesuatu yang tersangkut tanpa penamatnya. Pendapat saya sahaja. Saya mulakan bacaan pada jam 10.30pm dan tamatkan pada jam 1.30am. Tidak boleh berhenti.”

Terima kasih, rakan-rakan Hardcore RAMFC yang memeriahkan kelainan dalam karya-karya kreatif. Sokongan tuan, puan dan cikpuan sangat saya hargai. Baca dan kritik, insya-Allah.


Novelis kesayangan saya, Tuan Ramlee Awang Murshid dan rakan-rakan hardcore RAMFC turut menyokong karya saya ini. Terima kasih untuk semua.

Ucapan tahniah dan penghargaan khusus untuk saya dari bos Galeri Ilmu, Tn. Hj. Abu Hassan Morad mengharukan saya. Beliau memberikan galakan serius supaya terus berkarya pada hari pelancaran buku-buku terbaharu Galeri Ilmu pada 1 Mei 2012. Saya sangat menghormati penghargaan dari beliau bersama pelukan mesra dari seorang mantan cikgu. Alhamdulillah.

Photobucket

Photobucket

Berkaitan: Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (Al-Kahfi,18 :83-84)

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahu-Akhbar! Sesungguhnya kebenaran al-Quran itu ternyata tidak dapat dikaburi hijab walau segelap mana pun, insya-Allah.


Tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan buku bernuansa fantasi sejarah atau fiksyen sejarah ini semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lum
pur 2012 (PBAKL 2012), dari 27 April hingga 6 Mei nanti di PWTC.

Novel ini diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd. di bawah genre novel sejarah. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha editing dan penambahbaikkan yang diusahakan oleh pihak editorial yang ternyata mampu melihat apakah yang tersurat dan tersirat dalam usaha saya ini.

Ada yang tertanya-tanya, atau mungkin ramai yang ingin mengetahui apakah maksud 'fantasi sejarah'.
Fantasi sejarah bermaksud elemen dan fakta sejarah yang digabungkan dengan unsur fantasi dan fiksyen. Ia adalah sebuah fiksyen atau novel. Fakta sejarah menjadi intipati utama. Bukan sebuah novel sejarah secara total, kerana saya memasukkan juga watak dan plot yang difantasikan dalam ruang minda. Harus difahami bahawa buku fiksyen dan non-fiksyen banyak genre dan kategori berlainan. Novel genre sebegini pula banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh penerbit Barat.

Di bawah ini saya terbitkan salah satu sub-plot yang disunting dan tidak dimasukkan dalam naskhah cetakan. Semoga bermanfaat.
“Kau tahu siapa menjadi dalang di sebalik pembunuhan Raja Philip?” tanya Brutus kepada seorang rakan bualannya ketika sedang bersarapan pagi di sebuah kedai makan.

“Entahlah. Sukar untuk memutuskannya. Aku dengar ada pihak yang menuduh itu angkara Permaisuri Olympias,” jawab kawan Brutus acuh tidak acuh sambil mengunyah laju makanannya.

“Siapa cakap?” Brutus membeliakkan matanya tanda terkejut dengan tuduhan liar tersebut.


“Aku ada dengar salah seorang pembesar Macedonia yang juga kerabat diraja bertegas mengatakan Permaisuri Olympias masih sakit hati kerana perkahwinan Raja Philip dengan Eurydice. Akibat dendam yang mendalam sejak lebih setahun lepas, maka Permaisuri Olympias mengupah pembunuh bagi menamatkan riwayat suaminya. Lagi pun isteri Raja Philip yang terakhir, Eurydice, sudah bersalin anak lelaki. Dikatakan anak lelaki itu bakal menaiki takhta raja Macedonia, bukannya anak Permaisuri Olympias, Alexander,” jelas rakan Brutus tanpa berlengah.


Rakan Brutus meneruskan lagi, “Tetapi dalam mesyuarat tergempar Dewan Parlimen Macedonia-Greek tiga hari lalu, Permaisuri Olympias menafikan sekeras-kerasnya. Malah beliau menuduh pembesar Macedonia itu yang merancang pembunuhan tersebut.”


Sedang mereka rancak berbual, lalu seorang pengawal pintu Dewan Parlimen, Cloythenes dalam perjalanan ke lokasi kerja. “Tuan Cloy, singgah sekejap. Saya mahu tanya tuan ” gamit Brutus dengan muka serius.


“Boleh juga. Lagi pun shif saya bermula dalam masa satu jam lagi. Saya pasti saudara berdua mahu bertanya apa yang terjadi dalam Dewan Parlimen, bukan?”


“Iya,” Brutus dan rakannya menjawab serentak. “Terutamanya penafian dari Permaisuri Olympias,” sambung Brutus.


“Permaisuri Olympias menjelaskan bahawa memang beliau sakit hati dan berkecil hati dengan sikap mendiang Tuanku Raja Philip, tetapi tidak pula sampai sanggup membunuhnya. Lagi pun apa guna membunuh Tuanku Raja Philip di khalayak ramai di suatu temasya perkahwinan. Semua orang akan syak seseorang yang berada di situ kala itu yang menjadi perancangnya. Permaisuri berkata beliau bukannya seorang wanita yang tidak berhati perut, malah selama ini pun beliau yang banyak mengalah. Banyak aduan berkenaan perilaku kurang sihat baginda Raja Philip didiamkan sahaja,” jelas Cloythenes lancar kerana masih dapat membayangkan drama yang terjadi di sebalik dinding kukuh Dewan Parlimen Greek.

“Saya dengar pengawal muda Raja Philip yang menikam baginda pun mati diserbu beberapa kelompok yang setia kepada baginda. Pengawal itu cuba memanjat tebing tembok, tetapi segera ditarik lalu tersembam ke tanah berbatu. Dia cuba melawan dan mahu membunuh lagi, namun tidak ke mana kerana ada seseorang menikamnya dengan tombak. Benarkah?” rakan Brutus berkata seraya mengajukan soalan kepada Cloythenes tanpa berkelip matanya.

“Kelihatannya, saya kira, kes ini bakal menemui jalan buntu,” simpul Brutus. Cloythenes dan rakan Brutus mengangguk bersetuju.
Siapakah penulis yang menggunakan nama pena Web Sutera? Sila kilik di sini untuk mengetahui sedikit latar belakang beliau.
Buku kecil ini bukan sahaja diselitkan dengan panduan perniagaan katering malah, terdapat pelbagai tip dan kaedah yang disampaikan di samping memberikan kata-kata perangsang dan motivasi kepada pembaca agar bersedia menghadapi segala kesukaran dalam memulakan perniagaan katering secara kecil-kecilan hingga besar-besaran.

Buku ini diolah dengan susunan bahasa yang menarik serta mudah difahami oleh pembaca di samping gambar-gambar contoh berwarna yang menarik mata memandang. Buku ini sesuai untuk semua golongan tidak kira golongan professional mahupun tidak profesional. Memandangkan buku ini ditulis melalui pengalaman sebenar maka, maklumat yang diberikan berautoriti dan tepat.

Adalah diharap dengan adanya buku panduan ini, pembaca akan dapat merealisasikan hasrat untuk memulakan perniagaan katering dengan memanfaatkan maklumat, tip serta ulasan yang diberikan oleh penulis sebagai panduan. Buku ini juga sesuai dijadikan hadiah.

Judul: Buat Duit dengan Katering
Pengulas: Beghum Ulfhat Shehnaaz Amir Razli

Penolong Pengarah, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia

Berkaitan: Biodata penulis buku Buat Duit dengan Katering
Buku Buat Duit dengan Katering: Berdasarkan pengalaman sebenar
Buku Buat Duit dengan Katering terjual 1,096 pada Mac 2011
Buku Buat Duit dengan Katering terlaris!
Testimoni buku Buat Duit dengan Katering: Mudah untuk dicerna minda dan bahasa mudah difahami

Testimoni Buat Duit dengan Katering: Terkandung pelbagai petua

Photobucket

Setakat ini buku Buat Duit dengan Katering sudah direkomenkan oleh 72 orang pembaca. Apa yang menarik di dalamnya? Sila dapatkan segera. Ada diskaun menarik di Bookcafe PTS.

Komen Tuan Wan Zayuhisham Wan Yusoff, "Satu hasil yang berguna untuk usahawan bumiputra menceburi bidang katering. Insya-Allah. Semoga usaha-usaha tuan berterusan."
There was an error in this gadget
top